Menu
Filem One, Two, Jaga Keluaran dan sambutanOne Two Jaga pada mulanya dirancang untuk ditayangkan sahaja di pelbagai festival filem asing. Walau bagaimanapun, penerbit memutuskan bahawa filem itu juga harus ditayangkan di pawagam Malaysia. Filem ini menerima tarikh keluaran tayangan rasmi, iaitu pada 6 September 2018.[6]
Filem ini telah dipertontonkan buat julung kali pada malam pembukaan Festival Filem Timur Jauh ke-20 di Udine, Itali pada 20 April 2018.[7][8][9] Pada 29 Jun 2018, One, Two, Jaga mewakili Malaysia di Festival Filem New York Asia ke-17 yang berlangsung di New York, Amerika Syarikat.[10] One, Two, Jaga merupakan kegagalan komersial, Namron kemudian meluahkan rasa kecewanya di laman Twitter apabila melihat kedudukan carta filem tersebut kurang mendapat sambutan.[11][12]
Shazryn Mohd Faizal dari mStar Online menyifatkan One Two Jaga sebagai "sebuah karya mahal Nam Ron dan rakan-rakan", beliau berkata: "Walaupun One Two Jaga pastinya tidak mampu mencatatkan kutipan puluhan juta ringgit tetapi nilai estetika, eksklusif dan jiwa yang mahal itulah yang menjadikan One Two Jaga wajar dihargai dan dihormati."[13]
Menu
Filem One, Two, Jaga Keluaran dan sambutanBerkaitan
Filem Filem Malaysia tahun 2024 Filemografi Erra Fazira Filem Malaysia tahun 2010-an Filemografi Shah Rukh Khan Filem Malaysia tahun 2023 Filemografi P. Ramlee Filem Negara Malaysia Filem senyap Filem romantikRujukan
WikiPedia: Filem One, Two, Jaga